Tuesday 17 November 2015

Friday 13 November 2015

CARA NAK INSTALL TULISAN JAWI PADA PC


Tulisan jawi amat diperlukan terutamanya untuk pelajar membuat tugasan serta guru-yang menggunakan tulisan jawi sebagai medium untuk membuat soalan peperiksaan.
Saya ingin berkongsi cara yang paling mudah untuk install tulisan jawi tanpa sebarang software. Paling penting anda menggunakan Windows tidak kira XP, Vista , Win 7 atau Win 8 . Tak perlulah pergi ke kedai komputer lagi.

Langkah-langkah install tulisan jawi:
1. Klik start dan klik pada Control Panel.
2. Seterusnya, Klik Region and language.





3. Dibahagian tab, klik Keyboards and Languages.
4. Terdapat dua bahagian yang perlu kita buat ialah klik pada Change Keyboards.






5. Kemudian akan terpapar satu lagi paparan. Anda hanya perlu klik Add dan cari Arabic (Saudi Arabia). Setelah itu, klik ikon “+” pada Keyboards dan Other. Tick pada bahagian yang saya tunjukkan di gambar ini. Kemudian, klik OK.









6. Seterusnya, anda perlu tekan button Apply dan OK.
7. Setelah siap, lihat dibahagian sebelah tray. Klik pada ikon tersebut dan akan terpapar pilihan tulisan. Untuk mengaktifkan penggunaannya, anda perlu klik pada tulisan yang anda mahukan dan terus boleh guna.




Selamat Mencuba.....


P/S: Untuk huruf Jawi lain (PA, GA, VA, etc) tu boleh cari kat bahagian:Insert –>symbol–>more symbols–>


Sumber : Juong-Jurnal Blog

Tuesday 10 November 2015

MARI BELAJAR JAWI BERSAMA SAMA



Mari mengenal huruf Jawi dengan mudah dan cepat.

SEJARAH AWAL TULISAN JAWI


Tulisan Jawi merupakan salah satu pengaruh Islam yang meresap ke alam Melayu serta sudah lama wujud di Nusantara. Terdahulu, tulisan Jawi juga dikenali sebagai tulisan Melayu huruf Arab. Tulisan ini sampai ke alam Melayu bersama-sama dengan kedatangan Agama Islam, yang dibawa oleh para pedagang Islam pada ketika itu. Tulisan Jawi juga merupakan tulisan rasmi bagi Negara Brunei dan digunakan secara meluas di Malaysia, Filipina dan Indonesia. Tulisan ini telah berkembang sejak zaman pemerintahan Kerajaan Islam Pasai, kemudian tersebar secar meluas hingga ke Kerajaan Melaka, Kerajaan Johor dan juga Kerajaan Islam Acheh pada abad ke 17. Bukti kewujudan tulisan Jawi di Malaysia menjadi lebih kukuh apabila Batu Bersurat Terengganu telah dijumpai yang bertarikh 702H atau 1303M manakala tulisan rumi yang paling awal ditemui pada akhir kurun ke 19. Hal ini menunjukkan bahawa tulisan Jawi telah sampai lebih awal berbanding tulisan rumi. Tulisan Jawi juga telah menjadi tulisan rasmi di Negeri-Negeri Melayu Bersektu semasa penguasaan British ketika itu. Pada hari ini, tulisan warisan ini masih digunapakai untuk hal ehwal Islam dan adat istiadat Melayu yang kebanyakannya digunakan di Negeri Johor, Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu.