Tuesday 10 November 2015

SEJARAH AWAL TULISAN JAWI


Tulisan Jawi merupakan salah satu pengaruh Islam yang meresap ke alam Melayu serta sudah lama wujud di Nusantara. Terdahulu, tulisan Jawi juga dikenali sebagai tulisan Melayu huruf Arab. Tulisan ini sampai ke alam Melayu bersama-sama dengan kedatangan Agama Islam, yang dibawa oleh para pedagang Islam pada ketika itu. Tulisan Jawi juga merupakan tulisan rasmi bagi Negara Brunei dan digunakan secara meluas di Malaysia, Filipina dan Indonesia. Tulisan ini telah berkembang sejak zaman pemerintahan Kerajaan Islam Pasai, kemudian tersebar secar meluas hingga ke Kerajaan Melaka, Kerajaan Johor dan juga Kerajaan Islam Acheh pada abad ke 17. Bukti kewujudan tulisan Jawi di Malaysia menjadi lebih kukuh apabila Batu Bersurat Terengganu telah dijumpai yang bertarikh 702H atau 1303M manakala tulisan rumi yang paling awal ditemui pada akhir kurun ke 19. Hal ini menunjukkan bahawa tulisan Jawi telah sampai lebih awal berbanding tulisan rumi. Tulisan Jawi juga telah menjadi tulisan rasmi di Negeri-Negeri Melayu Bersektu semasa penguasaan British ketika itu. Pada hari ini, tulisan warisan ini masih digunapakai untuk hal ehwal Islam dan adat istiadat Melayu yang kebanyakannya digunakan di Negeri Johor, Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu.

7 comments:

  1. ilmu yang sangat bermanfaat..jarang kita mengetahui sejarah tulisan jawi..

    ReplyDelete
  2. Ilmu yg baik...bagus utk pengetahuan kita..

    ReplyDelete
  3. info yg brmanfaat..tq for sharing..

    ReplyDelete
  4. emmm...info yang baik...dari ikin..tq

    ReplyDelete
  5. Terima kasih info yang sangat bermanfaat.

    ReplyDelete
  6. Ada sejarahnyer tulisan jawi ni..islam itu indahkan..

    ReplyDelete